Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Babe!

A single rose can be my garden. A single friend, my world. by Leo Buscaglia

Heeeee~

I value the friend who for me finds time on his calendar, but I cherish the friend who for me does not consult his calendar. Robert Brault

Welkam Dear Sis n Bro

I love jotting down ideas for my blog, so I doodle or take notes on all kinds of stuff that inspires me.

Captured!

Life is like an ice cream. Enjoy it before it melts!

Buddies

"Kami Buddies. Takkan Terpisah. Hee ” – DIGI

KP

"Litang-pukang lari dari lipas, cantek kan banner kat atas. Haa?? ” – oNie

Showing posts with label Realiti. Show all posts
Showing posts with label Realiti. Show all posts

Tuesday, September 4, 2012

Hati-hati

Assalamualaikum..
こんにちわ..

Walaupun kesesakan musim perayaan sudah tamat, kita tetap kena berhati-hati di jalanraya. So, berhati-hatilah dijalanraya. Biar lambat, asal selamat. Pandu cermat, jiwa selamat.

Acececece...

Tiba2 nak buat pesanan khidmat masyarakat...ehh?? betul ke? Taram je aku...haha

Sebab terbaca berita di SINI mengenai ini... Apa2 pun Al-Fatihah untuk mangsa kejadian.

HANCUR...keadaan kereta mangsa yang remuk dalam  nahas membabitkan tiga  kenderaan.

Wednesday, May 4, 2011

Permainan Yang Menghina Islam

Assalamualaikum..
Apa Khabar?..
Moshi moshi..hehe =)


Sebelum ni aku pernah ceritakan tentang game yang menghina Islam ni. DMC (Devil May Cry). Jadi kat sini aku tak nak cerita panjanglah. Sesimple mungkin.




Selain game DMC rupanya banyak lagi game yang ada unsur2 menghina Islam ni. Untuk detail anda bolehlah masuk blog Mr.F and Miss J ni. Di sana nanti anda akan lihat senarai beberapa game yang mempunyai unsur penghinaan ini.

Kepada peminat game2 tersebut, harap maaf. Ia kenyataan bukan? Di sini juga aku amat berharaplah adik kesayangan aku tu ambil perhatian tentang perkara ni.

Friday, April 29, 2011

Awas Dengan DMC - Permainan Yang Menghina Islam




DMC atau nama penuhnya Devil May Cry adalah satu game yang agak femes jugak pada masa kini. Aku akui game ni memang best walaupun aku tak reti main. Apa yang perlu anda hati-hati di sini adalah dengan jalan cerita game ini yang menghina agama kita iaitu Islam. Kalau sebelum ni, adik aku pernah habiskan main game ni. Sebab tu la aku berani kata game ni best. Sebab aku suka. Suka tengok je.haha.. Time tu tak ada pula elemen2 yang boleh dikatakan menghina agama kita. Mungkin itu versi lama. Dan isu yang diperkatakan sekarang adalah versi baru mungkin.
.
.
.

Mari kita baca petikan yang diambil dari berita myMetro atau anda boleh klik sini aje.

KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

Saturday, April 9, 2011

Betul ke Kristal Berisiko?


Betul tak betul mari kita kaji...


Suatu hari...
Aku mau pulang ke Gombak lau tak silap..dah lupe..ngeee. Siap salam ucuk2 sama mak aku, aku pun nak melangkah masuk ke dalam kereta. Belum sempat lagi aku buka langkah, mak aku tarik tangan aku ala2 citer hindustan..bopren tarik tangan gepren tu.. Mak aku tanya, "Onie pakai gelang kristal ke?" sambil2 melirik pergelangan tangan aku. "Aaaa..taklah ni manik je ni. Bukan kristal betul pun. Yang kristal punya ada dalam bilik tu. Tak pakai pun." betul ke ni...nampak sangat tokok tambahnye tu...haha.. "Manik pun..sama je dengan kristal tu. Gelang kristal tak boleh pakai. Merbahaya. Ada effect nanti." tambah mak aku lagi. Aku heran. Terpaku jap. "Merbahaya? Kenapa?? Bukan ke kristal baik untuk kesihatan. Kononnya boleh melancarkan pendarahan la.. Macam2 lagi yang baik2nya." jelas aku. "Hari tu umi ada dengar dalam TV lau tak silap. Kristal ada effect tak baik untuk kesihatan. TV3 kot. Jangan pakai la gelang yang ada tu.." ..."Ok2..Onie tak pakai dah..." Tetttt...abes sudah drama pendek.


Sejak dari tu, aku tak pakai dah gelang2 kristal. Tapi kadang2 gatal jugak tangan ni nak pakai. Degil.. Yelah. Mana taknya. Membazir je gelang tu.
..free je pun...dapat hadiah. Mak Cu yang selalu rajin bagi hadiah sebelum ni. Tertanya2 juga aku, betul ke apa yang mak aku cakap tu. ..tak percaye cakap mak ke?? Lagipun dah lama kisah ni. Tahun lepas kalau tak silap. Apa2 pun, aku try buat kajian sendiri. Search kat internet je. Ada la juga aku jumpa beberapa artikel mengenai berita TV3 tu. Sah2 betul la mak aku cakap. Kristal merbahaya. Effect dia kalau bukan sekarang mungkin masa akan datang. Dari sumber berita tu, Kristal didapati mempunyai satu bahan merbahaya iaitu Plumbum yang terhasil ketika proses pembentukan Kristal tersebut. Plumbum ini pula mempunyai kesan yang begitu kronik dan merbahaya untuk kesihatan kita.

Ia juga didapati boleh:
  • Memudaratkan bayi di dalam kandungan.
  • Mengakibatkan keguguran pada kandungan.
  • Menyebabkan barah.

Jika kita menggunakan gelas atau pinggan kristal untuk menghidangkan makanan atau minuman, Plumbum yang ada dalam kristal tu akan bertindak balas. ..terhadap makanan kot.. Pendek kata, berwaspadalah terhadap barang2 di sekeliling kita. Percaya atau tidak, try lah cari jawapan sendiri. Aku cuma kongsi apa yang aku tau je. Kalau aku salah, anda boleh betulkan. Tapi buat masa ni, aku hold dulu pemakaian kristal.hehe.. Langkah berjaga2..

Sumber Wikipedia
: Plumbum juga merupakan neurotoksin yang sangat poten (berbahaya). Plumbum bertumpuk (terkumpul) dalam tisu-tisu lembut badan dan tulang.

Tuesday, February 22, 2011

Hukum Melintasi Orang Yang Sedang Solat


Dah lama aku nak bincang tentang perkara ni. Tapi tak berkesempatan lagi. Jadi sekarang aku nak kongsi sikit perkara yang menarik ni. Sebab mungkin ada yang tidak tahu menahu perkara ini. Eloklah kita sama2 kongsi.

Terdetik dalam hati aku nak buat entri tentang perkara ni masa aku balik dari Kelantan ke Gombak cuti raya cina hari tu. Kami satu kereta singgah di masjid area Raub. Tak pasti nama masjid tu. Tapi tak payah sebut la kan. Aku perhatikan ramai yang singgah ke masjid tu. Ye lah, sebab cuti dah habis kan. Ramai la yang nak pulang ke lubuk masing2.

Gambar Hiasan

Tersangat la aku tak puas hati tengok keadaan dalam masjid. Tahu kenapa? Sikap orang2 yang singgah untuk solat. Niat dah baik untuk menunaikan yang wajib. Tapi tahu tak hukum yang lain? Jemaah solat berterabur. Ye lah kan, tahu la masing2 buat hal masing2. Datang dari tempat masing2 ke destinasi masing2. Solat pun masing2 la buat. Solat jama' dan sebagainya. Tapi pilihlah tempat yang membolehkan orang lain bebas untuk keluar dan masuk. Kebanyakan kat mana2 masjid yang aku pernah singgah pun, sama saja perlakuan jemaahnya. Solat rapat ke belakang baris yang last sekali, depan pintu, dan di tengah2 laluan. Bagi aku, mereka ni membuatkan aku dan semua orang terbatas. Sangat menyusahkan aku dan semua orang untuk berlalu keluar atau masuk.

Tadi alkisah orang yang sedang solat. Sekarang kisah yang sebaliknya pula. Jemaah yang keluar masuk. Mereka ni pun sama juga dengan yang sedang solat tadi. Tak tau hukum. Main lalu je suka2 depan orang yang solat. Tapi tak boleh salahkan mereka juga. Mungkin mereka memang tak tahu hukumnya. Sebab tulah aku kat sini.

Gambar Hiasan

Aku memang dah lama tahu tentang ni. Lama sangat dah. Masa sekolah dulu2. Aku kan sekolah arab. Belajar macam2 sampai nak tepu otak aku. Tapi satu perkara ni memang aku ingat sampai bila2. Ada baiknya aku kongsi yang mana patut. Apa yang aku tahu, kita memang tak boleh melintasi orang yang sedang solat. TAK BOLEH. Ngak. Nehi. Melainkan ada penghadang atau penghalang di depan orang yang sedang solat tu. Sebab tu lah, bila nak solat, kat baris mana2 pun, depan pintu ke, tengah2 laluan ke, sunat letak SESUATU untuk hadang depan kita. Kalau ada tiang itu lagi bagus. Kipas ke. Tak pun guna barang kita sendiri macam beg, kalau tak ada jugak, gulung je sejadah yang lebih2 tu buat hadang.

Apa HUKUM melintasi orang yang sedang solat?

HARAM!!

Untuk menyatakan hukum ni. Aku ada buat research sikit..

Daripada Abu Juhaim r.a. Nabi s.a.w bersabda: "Sekiranya seseorang yang melintasi di hadapan orang yang sedang solat mengetahui dosa yang akan menimpanya, nescaya ia berdiri di situ selama 'empat puluh ___' adalah lebih baik daripada melintasi di hadapan orang itu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Walau pun hadith tersebut tidak menjelaskan berapa lama angka 40 yang disebutkan itu, tetapi ada satu lagi kitab bertajuk Tajzibu Athraf Al-Hadith oleh Al Ustaz Al Haji 'Abdul Halim Al Hadi yang menyebut hadith sama yang mengatakan bahawa angkanya adalah selama 40 tahun. Hadith tersebut adalah yang berikutnya :

Daripada Abu Jahim Al-Anshari r.a. Nabi s.a.w bersabda, "Jikalau mengetahui oleh orang yang lalu di hadapan seorang yang sembahyang akan apakah seksanya, nescaya adalah berhenti ia selama empat puluh tahun terlebih baik dari ia lalu di hadapan yang sembahyang itu."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Baginda Rasulullah S. A. W. bersabda .......
"Apabila salah seorang dari kamu menghadap sesuatu yang dapat menutupinya dari orang, kemudian ada orang yang LALU di hadapannya, maka hendaklah ia MENOLAKNYA dari tubuh sebelah atas badannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG, maka PERANGILAH ia kerana sesungguhnya ia adalah SYAITAN ..........."

"Maka janganlah MEMBIARKAN seseorang lalu di hadapannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG , maka hendaklah ia MEMERANGINYA, kerana sesungguhnya BERSAMA orang yang lalu itu adalah SYAITAN......."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Harap dapat kongsi bersama. Kalau aku ada yang silap, sila tegur kerana manusia biasa melakukan kesilapan..

Wednesday, January 12, 2011

Air Masak



Percaya atau tidak, pengambilan air pada masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut adalah masa minum air yang paling bagus seperti yang dosyorkan oleh pakar2 perubatan.

  • Minum dua gelas air masak - Selepas Bangun Tidur. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
  • Minum segelas air masak - 30 minit Sebelum Makan. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
  • Minum segelas air masak - Sebelum Mandi. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
  • Minum segelas air masak - Sebelum Tidur. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

Kesimpulannya, kita sangat digalakkan untuk minum air masak yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. Masa yang dinyatakan di atas adalah masa paling baik untuk minum air. Bolehkah kita buat semua tu? Nak tak nak kita kena try dulu slow2. Bukan susah pun minum air kan?

Monday, August 30, 2010

Teknologi Sosial?? Pandangan?

Biasanya apa yang anda selalu layari semasa menggunakan internet?


Facebook ke?


Mr Google?


Cik Yahoo?


Twitter?


Atau ruang sosial yang lain?

Dari pandangan saya facebook adalah ruang untuk bersosial di kalangan sahabat handai atau saudara mara. Mungkin juga ruang untuk mencari kenalan baru. Baik dan buruknya semua bergantung pada pengguna sendiri. Tanyalah diri anda sendiri apa tujuan anda bersosial di sana.

Mr Google pula selalunya tempat pengguna mengadu kasih dengan ilmu. Susah senang dialah tempat luahan..haha

Cik Yahoo? Fungsinya sama juga dengan Mr Google. Tapi kebanyakan pengguna lebih kepada penggunaan surat berelektronik disana. Apa tu? Email la.. Pe la ko ni oNie..yang senang kasi susah..hahaa


Biasa dengar Twitter tak? Biasa kan? Tapi xpernah tengok atau try kan? hahaha... Biasalah tu. Aku pun camtu gak. Selalu dengar tapi xpasti Twitter tu apa..=p

Apa yang aku ceritakan ini hanyalah sebilangan sahaja. Banyak lagi laman yang boleh dilayar bagi tujuan yang sama seperti yang aku nyatakan di atas. Nak tau godek la sendiri.. De internet depan mata gunalah sebaiknya... Majulah Diri Untuk Masa Hadapan~

Sunday, August 8, 2010

Ketandusan Hidupku

Ma Future Kuruma "Savvy"

Kalau la aku dapat trnsport awal..ngeeee~susahnya idup ni. Bukan nak berlagak ke nak menunjuk2 ke.. Tapi realitinya aku tak pandai bawak motor. Letak la motor 10biji depan aku pun. Aku pandang sebelah mata jew la..haha.. Kenyataannya aku cuma pandai bawa kereta je. Dan cuma lesen kereta je la aku ada. Sebab dulu masa wat lesen kereta aku ada jugak la terniat nak wat lesen motor skali. Senang~ Jimat~ Kot2 la masa darurat kurang2 aku ada lesen motor. Nak tak nak aku mesti cuba belajar jugak bawak motor nanti coz lesen dah ada kn. Tapi mak aku xbagi aku buat lesen motor. Katanya bahayalah itu lah ini lah. Okay~fine. Aku wat lesen pun guna duit mak aku kan. Aku akur je la dengan mak aku. Aku dapat buat lesen free tu pun dah kira untung. So sekarang ni camne? Hmmmmmmm~T_T. Bila savvy nak sampai ni. Aku da lama sabar ni. Dari minggu ke minggu, hari ke hari sampai aku sendiri pun da tanak sebut pasal savvy tu. Tanak fikir lagi dah. Tapi sekarang kenapa fikir pasal tu? Alahaiiii~ntah lew. Susah hidup aku. Pendek kata susah hidup menumpang orang. Aku lebih suka berdiri dengan kaki sendiri. Sebab tu aku rela memujuk rayu mak aku, buat cam aku nak kereta. Padahal memang nak pun. Tapi takde la sampai bersujud ke apa kan. Cuma berkias2 sikit masa bercerita tentang susahnya xada transport sendiri.hahaha.. Mak aku faham. Then dia plan nak bagi aku guna gray(kancil mak aku) dia. Tapi aku cam susahkan mak aku lak. Tu yang aku tanak tu. Last2 aku diam je. Malas la nak sebut2 lagi pasal tu. Masa awal sem nak buka tetiba lak mak aku buka citer pasal nak bagi aku guna kereta. Nak minta tolong adik aku yang kerja kat subang tu carikan yang second hand lak. Ini aku memang dah betul2 susahkan mak aku ni. Tapi last2 adik aku volunteer nak beli kete. Guna duit dia. Nama dia. Segala2nya dia sendiri lah. Fuhh~nasib baik dia ada.haha.. Bukan apa, dia nak beli sebab memang dah banyak mak aku korbankan. Jadi dia rasa apa salahnya dia susahkan diri dia lak. Tolong senangkan mak aku. Dia fikir camtu sebab dia dah boleh berdiri dengan duit dia sendiri walaupun sementara. Lau aku da de kerja camtu jugak la kot aku fikir. Memang sah2 aku xde nak susahkan sape2 lg. Itulah aku. Selagi boleh buat sendiri aku cuba~huhuT_T. Panjang lak ea aku merapu. Takpe laaa~aku bersyukur je adik aku nak bagi guna kete dia. Bole wat cam kete sendiri nanti bila dapat(walaupun mak da pesan kete adik aku tu kena jg elok2..yer2~saya tau mak)hahaha... Bila dah dapat nanti senang sikit aku nak ke mana2. Takde nak susahkn sape2. Takde nak rasa susah2 lagi.. Aku pun senang nak bergerak..hehe^_^

Saturday, June 12, 2010

Memperkasakan Generasi Muda; Aku Mentor?



Hari kedua:

Hehe...Di kesempatan yang ada ni. Aku mengambil peluang meluangkan masa bersama blog yang sememangnya udah lama tidak ku update. Banyak yang ingin aku ceritakan di sini, tapi semuanya tertangguh dek internet jarang2 aku dapat. Dan sememangnya kalau dapat, fesbuk dulu yang menjadi pilihan. Hahaha.. Dengan semua sebab2 dan alasan2 itu, aku dah lupa apa yang ingin aku kongsikan sebenarnya. Apa aku nak cakap ekk? Ohhh~ye. Tentulah pasal SMGM tu kn? Apakah itu? Seminar Memperkasakan Generaasi Muda la cyg. AHh!!Baru ku perasan tajukku memang tiada perkataan seminar. Sememangnya tajuk itu sudah salah. Haha..Jadi sila2 la betulkannya sendiri ye. Aku dah malas nak patah balik naik ke atas. Jadi ku biarkan saja. Korang buat2 xnampak ye kesilapan itu. Hehe.. Kembali pada tajuk kita, hari kedua smgm berjalan dengan lancar saja. Aku memang tiada apa2 masalah. Cuma sedikit busy dengan meeting untuk fasi dan sebagainya. Kesian sama menti2 ku. Aku balik je bilik dorang dah pun tidur.. baiknya dorang. Tak payah aku nak Pok2 Amai2..haha.. Entri yang sebelum ni aku xada cerita detail pun kan pasal smgm ni. Kat sini la aku ambil peluang nak detailkan semua. Promgram yang aku join ni, adalah untuk sape2 yang nak jadi mentor untuk budak2 sekolah dari semberong dan pekan yang akan menjadi menti aka adik angkat la lebih kurang. Dorang akan datang ke sini ( UTHM sebagai tuan rumah kali ni ) dan akan didedahkan dengan detail2 dan sekeliling kampus uthm. Dorang juga akan diberikan dorongan dan semangat2 dari pihak consultant yang sebagai fasilitator dorang. Kami yang terpilih ni cuma jadi pembantu fasi dorang jew..huhaha~ Sebagai mentor, kami akan sentiasa bersama dengan menti2 lah. Seorang mentor dengan 3 or 4 menti. Kami akan makan bersama, berjalan bersama, tidur pun bersama lah. Semua xada masalah pun. Dan menti2 juga riang ria je bersama kami yang ramah dan cun melecun kacak ni. hehe.. Pendek kata walaupun ada sedikit penat, semuanya enjoy je. Jai ho!!
Sekaligus sebab kemalasan melanda untuk tulis banyak2 entri, aku simpul sekali dengan smgm yang untuk hari terakhir. Dengan ini banyak2 terima kasih untuk menti2 yang ku kasihi kerana memberi kerjasama pada akak di sini. Walaupun akak sentiasa busy, tapi korang memang faham akak. Hehe..Terima kasih menti2..Jasamu takkan akak lupakan. Ahaha..
Menti2..arigatou~
Iera
Dila
K.long
Sha

Kamu semua akak takkan lupakan walaupun xsempat bergambar bersama dan saat kita bersama adalah sangat singkat~Wish u olls Gud Luck 4 those who take the exam this year.. Salam maju jaya dari akak.. See u again~

Lanjut tentang SMGM:-

Wednesday, June 9, 2010

Memperkasakan Generasi Muda, Mentor; aku selsema?

Fuhh~Setelah sekian lama aku tak dapat online akhirnya aku berjaya melepaskan gian berintenet. Kalau sebelum ni aku gian nak balik kampung terchenta dan plan nak berinternet kat umah sebab mau buat assignment bila ada masa free. Tapi akhirnya aku kucewa.
Sebab?
Sebab internet terputus kerana khabarnya kabel tm dipotong oleh orang yang tidak beretika. Hooooi~ Tak pegi sekolah ke haaa????
Selepas pulang dengan hati yang kucewa, aku pulang semula ke Batu Pahat dengan harapan yang bersinar baru. Sinaran aku sememangnya di sini. Bersinar-sinar~Sinaran yang tiada istimewa apa2.Haha..


Sekarang mari kita memperkasakan generasi muda.
Apakah??
Macamana?
Hohoho!!! Macamana lagi lau bukan join program nde alah ni. Jadi mentor untuk budak2 sekolah dari Pekan dan Sembrong. Dorang la menti2 nanti. Ala2 Mentor tv3 gitu. Jom2~ikut aku. Zassssss~

Sebelum tu, untuk pengetahuan. Program ni tak mula lagi la. Lusa baru start. Lepas Jumaat iaitu 11Jun.
Habis tu aku wat pe hari ni?
Ingatkan dah start?
Hahaha~Hari ni cuma ada pendaftaran untuk mentor je la. Mentor2 sekalian sila daftarkan diri pada Rabu 12.30tgh hari di cafe TDI dan dapatkan kunci bilik masing2. Sekian, terima kasih.

p/s: Apa yang aku merepek ntah. Nak tau cerita lanjut, teruskan bersama hingga ke akhir rancangan Memperkasakan Generasi Muda.

Saturday, May 8, 2010

Selamat hari ibu

Walaupun dah lambat nak post...aku tetap nak buat juga~hahaha


.:: SELAMAT HARI IBU ::.



Kepada ibu2 di sana.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Juga semoga tabah menempuhi hari2 yang akan datang~ Senyum2 selalu...

Sayang kamu~

Thanks to Maya

.::5 Mei 2010::.

Sebabnya??
Sebab~Pada 5Mei petang lebih kurang kul6 kot. Aku xpasti kul brapa masa tu. Haha.. Maya call aku, aku ingat kenapa la tiba2 je call aku. Selama ni xpernah pun kitorang calling2. Cukup hanya setakat sms je. Sebab kitorang ni adalah kawan sms dan kenal pun memang dengan sms je. Macamana kitorang kenal tu, panjang ceritanya. So, xpayah citer la..Heee.. Walaupun hanya sms je, kitorang selalu juga bertanya khabar dan story2 sikit. Kalau nak tau Maya asal dari sabah bah~Hee.. Sebab tu kitorang de banyak story yang nak dikongsi. Macam2 cerita yang diceritakan. Pada hari tu, Maya call aku sebab masa tu birthday dia. Haha~ Besday dia rupanya.. Aku sendiri pun tak tau pasal besday dia. Maafin aku ya~ Nasib baik dia call. Kebetulan maxis dapat free.. So, sebab tu la dia ambil kesempatan yang ada tu untuk call semua orang yang dia kenal. Bagus2..ni la peluang nk eratkan lagi silaturrahim kan..hee..

Apa2 pun Maya.. Terima kasih banyak2..


" SELAMAT HARI LAHIR Maya Edrianne Lee" semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Juga semoga berjaya dalam STPM. Insyaallah nanti dapat apa yang diharap2kan. Amin~

P/s: Kami dah berkawan selama 3/4thn kot..haha..lupa suda~

Monday, May 3, 2010

Sedar Dalam Tidak Sedar

Baru sekejap tadi aku perasan, aku belum lagi mengupdate blog aku sejak masuk bulan Mei ni.huhu..

Sempat lg mengedit gambo ni~hik3

Sambil meneguk kiwi Marigold... Kebiasaan aku bila masuk bulan baru aku akan menyambutnya dengan menaip entri baru di blog. Tapi?.. Maaf, aku lupa. Hari ni dah pun masuk hari yang ke-3. Tapi tak apa, aku update sekarang juga~hihi.. Apa yang aku nak bebel kat sini sebenarnya? Apa yang patut aku lakukan sekarang? Sepatutnya aku bersila kat lantai yang tak berapa nak sejuk tu sambil mengadap kertas2 nota dan belajar. Bukan update blog~ Tapi apakan daya..aku diserang oleh bisikan2 rayuan godaan supaya aku TIDO~TIDO~TIDO~ Biasanya, walau mengantuk macam mana sekali pun aku tetap tak tidur. Ntah~aku pun tak tau mengapa. Dan sebab itu la aku tengah menaip entri ni.haha.. Tolong hentikan aku sekarang juga.. Aku yang skema ni perlu merajinkan diri untuk menstudy~huhu

Skema??Apa yang skema?Haha.. Blog aku. Aku sengaja menskemakan blog aku~Sekian.

Really Miss at That Moment

Kenapa? Kenapa? Mengapa??

Tiba2 je terasa rindu waktu zaman sekolah dulu..hehe
Ieman punya pasal la ni, duk citer kisah dulu2 masa sms dengan dia..haha

First time aku tukar sekolah masa form4. Masa tu aku terbayang macamana nak buat kawan baru? Nervous!! Sumpah..aku memang nervous masa tu~ Tapi aku ikut je cikgu bawa aku pergi kat kelas yang bakal aku terajui nanti. Aku diperkenalkan pada cikgu yang ada dalam kelas pada masa tu. Kemudian cikgu suh aku duk kat tempat kosong yang memang dah tersedia ada. Mata aku liar mencari di hujung kelas di manakah gerangannya tempat kosong itu? Seorang pelajar angkat tangan memberi isyarat pada aku. Sini sini..meh duk sini. Ohhh~rupanya tempat kosong tu berada pada baris ke-3 dari depan..hahaha.. Mati2 aku ingat tempat kosong kat belakang~ Biasanya meja mesti kosong kat belakang kan... Aku akur je dengan pelajar tu. Aku duduk. Kemudian....kitorang sembang~hehe..dia tanya sapa nama, dari sekolah mana dan sewaktu dengannya lah. Lu pikir la sendiri.. Kami sembang tanpa menhiraukan cikgu yang duk ngajar kat depan. Aku dah lupa sapekah cikgu tu masa tu.haha.. Aku cuma ingat orang yang first tegur aku je. Orang pertama yang jadi kawan aku masa tu. Dialah ieman~hihi.. Hai ieman~citer ieman masuk blog la..hehe

Sms tu merungkaikan segala kerinduan yang dirasai. Saat sama2 sukaduka yang ditempuhi. Pulang lambat dari sekolah sebab kelas tambahan, self study, group discussion dan sebagainya. Saat menunggu bas ketika pulang dari sekolah. Saat berhimpit dalam bas. Tuisyen sama2.. Naik turun bas tika hujan dan panas..hehe.. Tak pernah serik2. Memang sweet~

Kami juga ditakdirkan untuk sama2 belajar di universiti yang sama. Tahun yang sama. Fakulti yang sama. Course yang sama. Kelas yang sama. Walaupun semua tu sementara, tetap sweet diingat2 kembali. Banyak perkara2 manis yang dilalui dan ditempuhi walaupun dalam masa yang singkat.


Sampai sekarang~ Walaupun masing2 dah bawa haluan sendiri, ieman dah kerja dan aku masih lagi di universiti. Semua tu tak menghapuskan segala memori yang ada. Aku juga rindukan sahabat2 yang lain. Yang juga sama2 berjuang untuk impian masing2. Kita tetap sahabat sampai bila2 dengan memori yang tercipta.hehe..

Friday, April 30, 2010

Belum Lagi Masa Bersenang Lenang

Fuh~Kenapa la aku relax sesangat hari ni.. Apa pun aku xbuat. 2,3 hari lepas, aku bertungkus lumus dengan paper akaun. Memang tak cukup masa untuk dapatkan idea/mood nk update blog<--walaupun still on9 dengan facebook, gtalk dan yahoo messanger.hehe.. Pagi petang siang malam asyik pulun dengan akaun.. Semalam dah settle dengan akaun, hari ni aku RELAX~ngeh3.. Tak boleh~ Tak boleh~ Aku still lagi ada paper lain. Ada Data Structur & Algorithm, Object-oriented Programming dan Discrete Structur yang aku kena fokus betul2..huhu



Oke2..Jom la. Sambung study~Aku nak settlekan satu hari ni. Esok satu. Lusa pun satu. Cukup la tu..hehe

Saturday, April 24, 2010

Stop eating Fast Food

Kurangkan!! Lagi bagus kalau berhenti terus!!

Sudah2 la makan makanan yang xberkhasiat tu.. Hampir setiap minggu kejap pergi kedai merah(KFC).. Kejap kedai kuning(Mc D)..


Result:
Merah
+Kuning+Merah+Kuning=Berat pon naik~huhu


Sedar tak sedar.. Akibatnya berat aku naik 5kilo dalam masa 1sem(4bulan) sahaja. Begitu pantas berat naik. Tapi..kalau nak turunkan berat bukan senang. Susah babe~ Kena pantang.. Kalau xnak pantang pun xpe.. Yang penting tekad tu kena ada..

Plan:

Tekad+Semangat+Exercise sket=Berat pun turun~

Masa tau berat aku dah naik banyak sangat, aku heran(?_?)
Kenapa berat aku naik banyak sangat?? Kalau tau dek mak aku, habis la aku.. Tak pasal2 disuruhnya aku diet.Haha.. Muhasabah punya muhasabah..baru aku teringat. Tahun ni aku acap kali makan fast food. Tak ada khasiat langsung. Lemak lagi banyak ada la.. Tu yang berat aku dah xstabil.. Aku sendiri pun naik risau. Kalau dah berat naik, kalau xmula dari sekarang diet. Memang susah nanti. Semangat dah xada, tapi badan makin kembang. Tak ada perubahan. Parah~Terus kawan2 lama tak cam aku. Huhaha..Tak nak~Minta jauh2 la perkara camtu. Nanti menyesal xsudah.

Haa~cakap pasal McD ni. Kawan aku ada tunjuk satu video yang dia dapat dari kawan dia. Video ni tentang eksperimen yang dijalankan terhadap makanan daripada McD. Fries, McChiken dan sebagainya la.. Hahaha~Lepas tengok terus tak lalu dah. Dah tak nak makan. Bagus2.. Lepas ni tak payah pergi kedai kuning ek~

Friday, April 23, 2010

Huru hara

hewhewhwehew~ ini cerita lama..MALAS AKU NAK CITER::.hahaaha..sori~tettt!! Kes ditutup!!

Thursday, April 22, 2010

First Impression

Apa pendapat korang tentang tekaan/pandangan pertama korang terhadap orang lain atau orang di sekeliling atau orang yang baru anda ketemu atau kenali?


Dengan cuaca yang tadi panas terik sekejap saja berubah mendung mau hujan..huhu

Hujan laa..hujan la..hujan la..hujan laaaa...

Oppsss!!


Kembali pada topik kita.
Macamana?Apa pendapat korang?


Sebelum ketahui pendapat korang elok la aku dulu yang kupaskan pendapat aku. Pada pendapat aku, pandangan terhadap seseorang senang saja boleh berubah. Ia mengikut pada keadaan yang ada sekeliling atau bergantung la macamana kan. Contohnya bila kita bertemu dengan orang yang baru kita nak kenal, kita tak kenal lagi tapi baru nak kenal oke?, tentu kita akan ada pandangan kita tentang dia dalam kotak fikiran kotak hikmat. Baik buruk semua tu bergantung pada kita. Tapi sudah tentulah bila kita telah/sedang lihat keadaan pemakaian, kelakuan, dan of coz la rupa juga kan. Ingat aku tak tau. Kita sebagai manusia memang dilahirkan cantik dan cukup sifat. Dengan itu, memang tidak dinafikan kita ada sedikit perasaan yang akan pandang pada rupa. Disitu kita dah tau apa yang kita fikir.

Kalau cantik? Eh cantik la dia ni...berseri2. Manis je tengok~
Kalau hodoh macamana? Eh dia ni..tak jaga muka ke? Pakai pencuci muka apa? Dah la gemok, busuk lak tu.

Kalau pemakaian pula? Selekeh la dia ni.. Tak ada style~. Waa~smart betul dia tu. Kemas. Siap tie in lagi..


Jaga2~ Kerana dalam berteka teki kita, mungkin mereka2 tu la yang akan jadi sahabat korang nanti. Mana tau kan. Semua tuhan yang tentukan. Bila merekalah sahabat korang, korang tak kisah dah tentang semua tu. Apa2 pun kawan aku juga. Baik buruk dia lah sahabat peneman korang ke mana2. Betul tak? Aku cuma cakap tentang realiti kehidupan. Macam tu la hidup kita. Mungkin juga nanti rupa2nya salah pandangan korang tu. Boleh jadi yang buruk tu rupa2nya sebaik2 yang korang pernah jumpa. Mungkin juga yang korang sangka baik tu adalah seburuk2nya. Mungkin juga yang korang sangka tu memang tepat!!

Apa2 hal pun, nasihat aku jangan la korang cepat sangat hakimi seseorang tu. Baik buruk lumrah kehidupan. Kita juga bukan dilahirkan sempurna~Hee..

p/s: Pandai aku membebel~

Thursday, April 15, 2010

Today Was A Wonderful Day

Happy ever after~

I love my friends~mmmuah!!hehe...

Asal ada kawan je, aku xkesah..
Hidup aku pasti ceria..
Merekalah warna hidupku..
Merekalah penyeri dukaku..
Betul~Aku tak tipu..

Nak ada kawan xsusah..
Carilah mereka..
Camtu kita pun dicari..

Eh eh~pe sume ni?
Hehe..tau nape?
Siang tadi aku kuar lepak dengan kawan2 baru aku.
Seronok~Berkongsi cerita dan macam2 lagi..
Tulah manisnya berkawan..
Tak salah kan?

Sebelum balik jom snap sana sini~

-- Aku xde gambar lagi~xdapat dari dorg lg.jadi xdapat la nk upload lg,hehe.. --


p/s: Esok aku nak keluar lagi..

Ooi~~ko sedar tak yang ko ni nak exam dah xlama..hik3

Yer~aku sedar..tapi kawan aku ajak tenangkan fikiran esok. Apakan daya..aku xdapat nk tolak~hehe --> Padahal aku sendiri yang nak ikut~xde sape pon yang salah..


Thursday, April 1, 2010

Abril Pul

Bila sampai je 1 April mesti orang duk kecoh pasal April Fool

Nak kejutkan orang la..
Nak melawak la..
Saja2 nak gurau dengan kawan2 la..
Bagus sangat ke April Fool ni?

Perlu ke kita pun sambut sama April Fool?
April Fool yang orang dulu2 ada kisah tersirat disebalik semua ni?
Tahu ke mereka semua ni?
Kisah tentang orang Islam dengan orang bukan Islam?
Disebabkan kisah tersirat tu la kita tidak digalakkan untuk sama sambut.
Tapi ramai juga yang terikut2 untuk sambut sama dengan mereka2 tu.

Semua ni bergantung pada diri sendiri juga.
Bergantung bagaimana pendapat mereka.
Bagaimana mereka fikirkan semua ni.Hehe...

-----------------------------------------------------

Cerita pasal April Fool ni, aku pun ada kisah sendiri juga.
Ntah..Aku rasa aku dah lupa kot semua ni.
Tapi tak mustahil la kalau aku memang dah lupa.
Tipu la. Haha..

Realiti seorang perempuan..

--> Perempuan memang mudah maaf memaafkan, tapi mereka tidak sekali-kali mudah lupakan apa yang pernah terjadi pada mereka.

Jadi awas!!
Hati2 dengan mereka.
Kalau xpercaya, tanya la diri sendiri/awek/kawan2 korang.

Aku mengaku, aku pun camtu jugak la..
Aku maafkan ajew..tp nak lupa bukan mudah.
Dan ia adalah kerja yang paling susah untuk dijalankan.Hehe..

Berbalik pada cerita kita, kisah aku.
Ia bukan la cerita tentang bagaimana aku diperbodohkan pada 1April.
Tidak sekali-kali. Bukan..
Ia adalah kisah yang aku masih xdapat lupakan yang berkebetulan berlaku pada 1April..
Dan aku tak mau cerita kat sini~Hik3

Semua ni sebab membe aku ada sebut "Arini April Fool kn??"
Tettt!!

Aku tau hari ni dah satu 1 April.
Tapi xingat pula yang April Fool.
Disebabkan kata membe aku tu aku teringat kisah yang berlaku pada April Fool.
Memang fool la hari tu..Hihi

Dah2 sudah~Take Home Test xsiap lagi..
Jom siapkan!!