Betul tak betul mari kita kaji...
Suatu hari...
Aku mau pulang ke Gombak lau tak silap..dah lupe..ngeee. Siap salam ucuk2 sama mak aku, aku pun nak melangkah masuk ke dalam kereta. Belum sempat lagi aku buka langkah, mak aku tarik tangan aku ala2 citer hindustan..bopren tarik tangan gepren tu.. Mak aku tanya, "Onie pakai gelang kristal ke?" sambil2 melirik pergelangan tangan aku. "Aaaa..taklah ni manik je ni. Bukan kristal betul pun. Yang kristal punya ada dalam bilik tu. Tak pakai pun." betul ke ni...nampak sangat tokok tambahnye tu...haha.. "Manik pun..sama je dengan kristal tu. Gelang kristal tak boleh pakai. Merbahaya. Ada effect nanti." tambah mak aku lagi. Aku heran. Terpaku jap. "Merbahaya? Kenapa?? Bukan ke kristal baik untuk kesihatan. Kononnya boleh melancarkan pendarahan la.. Macam2 lagi yang baik2nya." jelas aku. "Hari tu umi ada dengar dalam TV lau tak silap. Kristal ada effect tak baik untuk kesihatan. TV3 kot. Jangan pakai la gelang yang ada tu.." ..."Ok2..Onie tak pakai dah..." Tetttt...abes sudah drama pendek.
Sejak dari tu, aku tak pakai dah gelang2 kristal. Tapi kadang2 gatal jugak tangan ni nak pakai. Degil.. Yelah. Mana taknya. Membazir je gelang tu. ..free je pun...dapat hadiah. Mak Cu yang selalu rajin bagi hadiah sebelum ni. Tertanya2 juga aku, betul ke apa yang mak aku cakap tu. ..tak percaye cakap mak ke?? Lagipun dah lama kisah ni. Tahun lepas kalau tak silap. Apa2 pun, aku try buat kajian sendiri. Search kat internet je. Ada la juga aku jumpa beberapa artikel mengenai berita TV3 tu. Sah2 betul la mak aku cakap. Kristal merbahaya. Effect dia kalau bukan sekarang mungkin masa akan datang. Dari sumber berita tu, Kristal didapati mempunyai satu bahan merbahaya iaitu Plumbum yang terhasil ketika proses pembentukan Kristal tersebut. Plumbum ini pula mempunyai kesan yang begitu kronik dan merbahaya untuk kesihatan kita.
Ia juga didapati boleh:
- Memudaratkan bayi di dalam kandungan.
- Mengakibatkan keguguran pada kandungan.
- Menyebabkan barah.
Jika kita menggunakan gelas atau pinggan kristal untuk menghidangkan makanan atau minuman, Plumbum yang ada dalam kristal tu akan bertindak balas. ..terhadap makanan kot.. Pendek kata, berwaspadalah terhadap barang2 di sekeliling kita. Percaya atau tidak, try lah cari jawapan sendiri. Aku cuma kongsi apa yang aku tau je. Kalau aku salah, anda boleh betulkan. Tapi buat masa ni, aku hold dulu pemakaian kristal.hehe.. Langkah berjaga2..
Sumber Wikipedia : Plumbum juga merupakan neurotoksin yang sangat poten (berbahaya). Plumbum bertumpuk (terkumpul) dalam tisu-tisu lembut badan dan tulang.







0 comments:
Post a Comment