Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 22, 2010

First Impression

Apa pendapat korang tentang tekaan/pandangan pertama korang terhadap orang lain atau orang di sekeliling atau orang yang baru anda ketemu atau kenali?


Dengan cuaca yang tadi panas terik sekejap saja berubah mendung mau hujan..huhu

Hujan laa..hujan la..hujan la..hujan laaaa...

Oppsss!!


Kembali pada topik kita.
Macamana?Apa pendapat korang?


Sebelum ketahui pendapat korang elok la aku dulu yang kupaskan pendapat aku. Pada pendapat aku, pandangan terhadap seseorang senang saja boleh berubah. Ia mengikut pada keadaan yang ada sekeliling atau bergantung la macamana kan. Contohnya bila kita bertemu dengan orang yang baru kita nak kenal, kita tak kenal lagi tapi baru nak kenal oke?, tentu kita akan ada pandangan kita tentang dia dalam kotak fikiran kotak hikmat. Baik buruk semua tu bergantung pada kita. Tapi sudah tentulah bila kita telah/sedang lihat keadaan pemakaian, kelakuan, dan of coz la rupa juga kan. Ingat aku tak tau. Kita sebagai manusia memang dilahirkan cantik dan cukup sifat. Dengan itu, memang tidak dinafikan kita ada sedikit perasaan yang akan pandang pada rupa. Disitu kita dah tau apa yang kita fikir.

Kalau cantik? Eh cantik la dia ni...berseri2. Manis je tengok~
Kalau hodoh macamana? Eh dia ni..tak jaga muka ke? Pakai pencuci muka apa? Dah la gemok, busuk lak tu.

Kalau pemakaian pula? Selekeh la dia ni.. Tak ada style~. Waa~smart betul dia tu. Kemas. Siap tie in lagi..


Jaga2~ Kerana dalam berteka teki kita, mungkin mereka2 tu la yang akan jadi sahabat korang nanti. Mana tau kan. Semua tuhan yang tentukan. Bila merekalah sahabat korang, korang tak kisah dah tentang semua tu. Apa2 pun kawan aku juga. Baik buruk dia lah sahabat peneman korang ke mana2. Betul tak? Aku cuma cakap tentang realiti kehidupan. Macam tu la hidup kita. Mungkin juga nanti rupa2nya salah pandangan korang tu. Boleh jadi yang buruk tu rupa2nya sebaik2 yang korang pernah jumpa. Mungkin juga yang korang sangka baik tu adalah seburuk2nya. Mungkin juga yang korang sangka tu memang tepat!!

Apa2 hal pun, nasihat aku jangan la korang cepat sangat hakimi seseorang tu. Baik buruk lumrah kehidupan. Kita juga bukan dilahirkan sempurna~Hee..

p/s: Pandai aku membebel~

2 comments:

aah...setuju...saya ada pengalaman gak cam2...yg penting skali dont judge a book by its cover!!