Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 9, 2010

Memperkasakan Generasi Muda, Mentor; aku selsema?

Fuhh~Setelah sekian lama aku tak dapat online akhirnya aku berjaya melepaskan gian berintenet. Kalau sebelum ni aku gian nak balik kampung terchenta dan plan nak berinternet kat umah sebab mau buat assignment bila ada masa free. Tapi akhirnya aku kucewa.
Sebab?
Sebab internet terputus kerana khabarnya kabel tm dipotong oleh orang yang tidak beretika. Hooooi~ Tak pegi sekolah ke haaa????
Selepas pulang dengan hati yang kucewa, aku pulang semula ke Batu Pahat dengan harapan yang bersinar baru. Sinaran aku sememangnya di sini. Bersinar-sinar~Sinaran yang tiada istimewa apa2.Haha..


Sekarang mari kita memperkasakan generasi muda.
Apakah??
Macamana?
Hohoho!!! Macamana lagi lau bukan join program nde alah ni. Jadi mentor untuk budak2 sekolah dari Pekan dan Sembrong. Dorang la menti2 nanti. Ala2 Mentor tv3 gitu. Jom2~ikut aku. Zassssss~

Sebelum tu, untuk pengetahuan. Program ni tak mula lagi la. Lusa baru start. Lepas Jumaat iaitu 11Jun.
Habis tu aku wat pe hari ni?
Ingatkan dah start?
Hahaha~Hari ni cuma ada pendaftaran untuk mentor je la. Mentor2 sekalian sila daftarkan diri pada Rabu 12.30tgh hari di cafe TDI dan dapatkan kunci bilik masing2. Sekian, terima kasih.

p/s: Apa yang aku merepek ntah. Nak tau cerita lanjut, teruskan bersama hingga ke akhir rancangan Memperkasakan Generasi Muda.

0 comments: