Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 12, 2011

Susah Rupanya Jadi Orang Penting Nih

Suatu masa dulu ..dulu2 kala time aku join BTN dekat fruit farmville ..farmville?? Err..Malacca Tropical Fruit Farm kalau tak silap. Masa LDK, ustaz ..panggilan mesra fasilitator aku atau dikenali sebagai En.Isa cakap, aku ada ciri2 seorang pemimpin ..ada ke?ye ke? Saat tu, semua .. bdk2 LDK aku jer pandang aku. Aku hanya mampu senyum dan bertanya "Mengapa?" Ustaz menjawab, salah satu ciri seorang pemimpin adalah TENANG. Jika seorang pemimpin itu menghadapi sebesar manapun masalah, dia tetap perlu menghadapinya dan menyelesaikannya dengan tenang kerana sebagai seorang pemimpin beliau tidak perlu menunjukkan sikap kusut, gusar dan risau beliau kepada orang sekelilingnya.


Aku terfikir sejenak. Aku akui memang aku ni agak tenang. Tapi untuk sampai jadi pemimpin tu tak pernah terlintas pun. Yelah..apa yang aku ketahui, aku ni seorang yang perlukan sokongan dan dorongan. Kalaulah aku jadi pemimpin suatu hari nanti, tak ke susah tu nanti. Tapi ia takkan susah kalau aku tak fikir susah. Belum cuba belum tahu kata orang ..tapi aku tahu susahhhh...arghhh

Bila jadi orang penting, semua bergantung dan berharap pada kita. Seolah-olah keputusan ditangan anda. Kita bertanggungjawab untuk menentukan masa depan naungan kita dengan keputusan yang diputuskan. Untuk aku, walaupun aku ni kuli je, aku nampak kesusahan tu. Bukan senang nak berjaya untuk sesuatu yang diusahakan wahh2..pandai lak ak bermadah Bukan senang untuk jadi pemimpin. Juga bukan senang untuk memimpin. Sebab tu aku sangat kagum kepada sesiapa yang mampu untuk berdiri sebagai Orang Penting. Tak kisah la dari kumpulan kecil atau kumpulan besar. Yang penting, dia sanggup menerima tanggungjawab yang tak ramai orang mahu terima. Dan pastinya ganjaran pahala dia berganda-ganda nanti.

0 comments: