Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 18, 2011

Disebalik Kisah || Weekend Escaped 2011

Assalamualaikum...
Hai Hai Hai~
Konnichiwa...

First sekali;
AMARAN keras. Entri ini tersangat panjang. Elok anda tarik nafas dalam2 dulu.

Cerita ini berkisarkan pengalaman aku pergi program outdoor anjuran Jabatan Kaunseling & Kerjaya, bersama ahli keluarga KKDK yang wajib pergi tuh.hehe Aku pun warga KKDK juga.heeee Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah yang sedia ada dalam KKDK sesama AJK baru atau keluarga baru juga sesama warga UTHM yang join program ini. Pendek kata program ini 100% outdoor dan lebih kepada team building.

Pada Jumaat lepas iaitu 15 April 2011:
Lokasi kami adalah Kem BTN Alor Gajah, Melaka. Sudah tentulah aku tak ikut sama pergi sana..kenapa?doushite??why??? Jumaat tersebut aku ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan bersama si Fasha yang menyebabkan aku tak dapat ikut serta pagi tu. Tapi aku ikut join pada malamnya. Sudah tentulah sampai pagi. Aku bersama-sama 3buah kereta sampai pada jam 5am di Taman Rekreasi Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.kata Kem BTN Alor Gajah?? Haha..panjang ceritanya kalau mahu diceritakan di sini. Sebelum sampai, kami konfius dengan jalan masuk ke Taman Rekreasi Gunung Datuk itu. tau mengapa? Jalan masuknya teramatlah gelap. Lampu jalan yang ada pun cuma 2,3 batang aje sepanjang jalan masuk tu. Dengan berpandukan lampu jalan dan banting yang ada tu kami sampai mengikut jalan yang benar. Terasa agak jauh jugalah untuk sampai ke dalam dengan mendaki beberapa jalan yang berbukit. Sememangnya Taman Rekreasi Gunung Datuk itu di atas bukit(T_T)...


16 April 2011:
Sampai, dah jam 5am. Tunggu sama Diop untuk jemput kami. Sebab memang tak pasti betul ke kami dah sampai. Menunggu sambil menikmati suasana sejuk di atas bukit. Ramai orang. Budak2 sekolah pun ada program. Penat berdiri, bersila. Penat bersila, berdiri. Itulah kami. Sampai saja si Diop bersama si Datin, dibawanya kami ke tapak perkhemahan. Aku teruja. Khemah(>_<) Dah lama tak tido dalam khemah. Sampai pun dah awal pagi. Memang pantang untuk tido. Dah nak masuk subuh. Baik pasang khemah rehat2kan badan je. Baring2. Borak2. Kalau tido nanti lagi penat. Nanti lagi mengantuk!!

Mendaki Gunung Datuk
Aktiviti pertama pagi tu adalah sarapan!! Masak air. Masuk dalam group bagi yang baru sampai Then sarapan dengan roti sandwich kaya sama air kopi 3 in 1 canggih x? bersama ahli kumpulan masing2. Selesai sarapan kami diarahkan berkumpul di dataran parking untuk taklimat aktiviti seterusnya. guess what? Naik gunung. Aku cuma dapat bayangkan kami akan tracking di atas gunung. Memang sangat teruja. Aku mulakan langkah mengikut barisan hadapan. Belum apa2 lagi oh tuhan!! Nak kena panjat tangga. Okeh. Panjat je la tangga. Naik tangga memang penat. Sebab banyak anak tangga. Habis je tangga, perjalanan diteruskan ke gunung. dah memang dekat gunung..kaki gunung(=_=) Jalan jalan panjat dan jalan... Panjat lagi. Jalan lagi. Jalan daki dan daki. Aku tertanya sendiri. Bila nak habis daki ni? Jauh ke perjalanan kita. Lama kelamaan, aku penat. Ini bukan tracking namanya. Ini mendaki. Daki gunung. Mak aih.. Aku daki gunung la. Nama pun gunung, mesti la tinggi kan gunung ni. Aku tak tau berapa puluh kilometer tinggi gunung ni. 2jam untuk sampai ke puncak jaya. haha.. Yang teramat pasti aku semput naik gunung tu. Tersangat penat. Nasib baik ada bawa bekal air naik ke atas. Tapi untuk turun ke bawah air dah habis. Memang dugaan naik gunung tu. Dengan suasana yang sekejap panas tiba2 redup hujan renyai2 dan akhirnya lebat menyambut kami turun ke bawah ikut jalan sama. Laluan tapak mendaki bertukar kepada aliran air hujan turun gunung. Untuk sempurnakan pendakian tu memang memerlukan semangat dan kekuatan dari sahabat yang lain. Sangat berterima kasih pada Jep. Aku rasa dia yang teman aku sampai ke puncak. Terima kasih juga pada yang lain. Aku pun tak pasti siapa. Semasa turun terima kasih pada Haziq, Ari dan yang turun bersama aku sampai ke bawah Wani serta 3jejaka yang lain. Aku tak tau nama dorang.hehee Apa2 pun sangat2 berterima kasih, arigatou, syukran pada semua.

Mencari Sesuap Nasi
Selesai mendaki. Aktiviti seterusnya, Mencari Sesuap Nasi.perghhhh Penat pun tak habis lagi manjat gunung. Sebab lapar. Tak kisahlah. Kena cepat cari bahan untuk masak then makan!! Aktiviti kali ni, tak ubah seperti explorace cam dalam TV tu. Ke sana ke mari kami. Tiga check point je. Tapi kaki dah memang penat, sakit, sengal, macam2 ada, memang tak sanggup la nak feel aktiviti petang tu. Kena jalan jauh. Tapi semasa pulang untuk kembali ke check point yang ke3. Kami dapat naik bas. Bas biru. Bas kilang. Bas tu kosong. Tak ada penumpang. Terima kasih pada Ara kita.bravooo..bravo!!hoye2.. Sebab dia yang tahan bas tu.ngehehee Memang nikmat tak terkata dapat naik bas. Aircond. Check point ke3 adalah "kami perlu mencari tiang telefon yang bernombor sekian sekian" Cari punya cari akhirnya kami jumpa. Tapi apa maksudnya tiang telefon itu? Apa yang ada kat situ? Tak ada apa2 pun kat tiang tu. Kami yang merupakan kumpulan pertama sampai ke check point terakhir dikumpulkan untuk menerima arahan seterusnya. Aku sangkakan mereka(fasi2) akan beri kami lauk2 untuk dimasak. Rupa2nya, kami perlu usahakan sendiri lauk yang kami nakkan tu. lauk ape ek??haha.. Tiba2 kami ternampak sesuatu dicampakkan ke dalam paya yang berdekatan. Ohhhh my. Ikan keli la. Kena tangkap ikan keli. ngehehehee(=_=) So, apa lagi. Buat je la kan. serang!!!! Beria-ia masuk dalam bendang paya. Dalam juga paya nih. Takat peha. Lintah jangan nak kata, memang ada. Setiap orang perlu tangkap seekor. amik kau!!tangkap ikan keli.. Bila dah dapat tangkap baru boleh keluar dari tempat serangan. Aku semestinya lah berjaya tangkap walaupun tak pernah seumur hidup tangkap ikan keli. elehh..berjaya tangkap sebab ada bantuan...ngaaaa Shhh..nanti KF tau. Lega bila dah dapat sekor. Apa yang tidak dapat dibayangkan masa tu adalah.. Macamana nak siang ikan ni? Aku tak pandai..huhu Betul ke kita kena makan hasil yang kita dapat ni. ishhhh..tak sanggup aku Bermacam-macam ragam aku dapat tengok dari team lain. Maklum la, aku team first yang sampai untuk tugasan terakhir tu. Geli hati aku tengok dorang ni. Yang mana dah berjaya, bagi sorakan dan sokongan pada yang sedang menjalankan tugas. Dah macam gelanggang tangkap ikan keli. ngeeee Akhirnya, sebelum masa tamat. Individu yang sudah berjaya digalakkan untuk sama2 membantu mereka yang masih lagi sedang bertungkus lumus dalam selut. Seronok aku tengok semangat pasukan yang mereka ada. Aku nak tolong pun cuma dapat ramaikan aje orang yang sedang menyerang. Jadi baik aku duk diam2 kat tepi. Bagi sorakan. Tetttt.. Masa pun tamat. Apa pun, masih lagi 5ekor ikan yang tidak berjaya diburu. Kami tidak berjaya melaksakan tugas. Syarat yang dikenakan pada kami sebelum tu adalah setiap team perlu berjaya selesaikan tugasan. Jika tidak, semua tidak dapat makan untuk hari tu. Haru.

Tapi sebab kami ada pegawai psikologi a.k.a Encik Shahrul yang penyayang dan baik hati, beliau belanja kami bbq pada malam tersebut. wau!!bestnya.. bbq kambing,ayam, udang, dll. Semestinya juga ikan keli yang kami usahakan tu.heeee

War Game
Hampir jam 11pm kami berkumpul lagi. Kali ni sesi taklimat untuk acara malam tu. Tepat jam 12am, War Game dilancarkan. Segala strategi dirangka oleh kapten. Venue adalah ladang getah di kawasan berdekatan. Sekali lagi jalan kaki turun naik bukit kat jalan masuk tu. Ladang getah tu sepanjang kanan kiri jalan masuk kem. hehe..sekali lagi lemak2 berjaya dihapuskan. Cerita pasal war game ni, memang tak habis la sampai esok pagi pun. So, nak dipendekkan cerita, war game ni adalah pengalaman kedua aku tapi juga pengalaman pertama. Game ni betul2 cam real perang punya. Waktu malam. malam ke??pagi dah kot.. Aku jadi defense je coz aku ni penakut jugak. haha..bru tau Partner defense aku Amalina. Nasib baik 2orang satu tempat. burrrrr.. Tapi rupanya penatlah jadi defense nih. haaa..bru tau penat Duduk je tunggu musuh datang kat kubu. Tapi kan, musuhnya tak muncul2 sampai sudah. huh!! Last2 game over. Sebab masa dah tamat. Dalam duduk saja2 sebalik pokok getah tunggu musuh datang, banyak juga perkara yang jadi. Pertamanya, si Nya. Tau si Nya? Nyamukkkk.. Sebok pulak si Nya ni datang teman aku. Makin lama makin ramai. Dorang buat parti kot kat tepi aku. aku tak tanya pulak kan..haha Kedua, si beruk ke si monyet ke si kera ke. Ntah. Tak pasti pulak. Bergayut dari satu pokok ke satu pokok. Aku cuma dapat tangkap bunyi suara dan pokok2 je. Tak nampak plak kelibat dia kan. Makin lama makin jauh. Baru tau aku lega time tu. Risau beruk tu datang dekat. Kalau tak memang tak jadi defense la aku. pecut 100km/j... Ketiganya, aku dengar suara bising sentri kami. Wohh woh wohhh!! Bersama cahaya lampu suluh sambil berlari. Pada masa yang sama, aku ternampak 2 kelibat seseorang berlari di hadapan dan hilang di sebalik semak...sepi. Musuh dah sampai. Tangan dah ready dengan peluru air. Sehinggalah masa tamat.

17 April 2011:
Luminous a.k.a Jalan Malam
Selesai war game, kami berkumpul lagi untuk aktiviti jalan malam. Tujuannya untuk menguji kekuatan fizikal dan mental. untuk aku dua2 sekali sebab dah sakit kaki..haha Mental dah tak berapa nak waras dah. First sebab dah mengantuk plus penat. Second, seluruh badan dah terasa sakit2 terutama kaki sampai mental pun dah tak sempat nak fikir pasal takut. Agak mencabar bagi yang sakit kaki..haha.. Kaki aku terasa macam nak tercabut time tuh. Dengan kayu2 yang besar gedabak kecik halus semua ada. Nak mengelak semua tu harap maaf la memang tak dapat sebab tu je lah laluannya. Memang disengajakan laluan penuh dengan ranjau dan...tettt. Apa ntah. Maaf orang belakang aku. Aku tak dapat jalan laju2. Berderet orang belakang aku..haha Sedar2 ramai rupanya yang follow aku kat belakang. maaf cu..nenek ni dah tua~ Apa pun aku cuba sedaya mungkin untuk bergerak pantas. Akhirnya sampai ke garisan penamat. Sempat baring atas tar tengok bintang2 dan awan yang cantik waktu pagi. ngeeee..
p/s: kebetulan malam tu tersangat cerah sebab bulan terang.hehee..

0 comments: