Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 22, 2011

Hukum Melintasi Orang Yang Sedang Solat


Dah lama aku nak bincang tentang perkara ni. Tapi tak berkesempatan lagi. Jadi sekarang aku nak kongsi sikit perkara yang menarik ni. Sebab mungkin ada yang tidak tahu menahu perkara ini. Eloklah kita sama2 kongsi.

Terdetik dalam hati aku nak buat entri tentang perkara ni masa aku balik dari Kelantan ke Gombak cuti raya cina hari tu. Kami satu kereta singgah di masjid area Raub. Tak pasti nama masjid tu. Tapi tak payah sebut la kan. Aku perhatikan ramai yang singgah ke masjid tu. Ye lah, sebab cuti dah habis kan. Ramai la yang nak pulang ke lubuk masing2.

Gambar Hiasan

Tersangat la aku tak puas hati tengok keadaan dalam masjid. Tahu kenapa? Sikap orang2 yang singgah untuk solat. Niat dah baik untuk menunaikan yang wajib. Tapi tahu tak hukum yang lain? Jemaah solat berterabur. Ye lah kan, tahu la masing2 buat hal masing2. Datang dari tempat masing2 ke destinasi masing2. Solat pun masing2 la buat. Solat jama' dan sebagainya. Tapi pilihlah tempat yang membolehkan orang lain bebas untuk keluar dan masuk. Kebanyakan kat mana2 masjid yang aku pernah singgah pun, sama saja perlakuan jemaahnya. Solat rapat ke belakang baris yang last sekali, depan pintu, dan di tengah2 laluan. Bagi aku, mereka ni membuatkan aku dan semua orang terbatas. Sangat menyusahkan aku dan semua orang untuk berlalu keluar atau masuk.

Tadi alkisah orang yang sedang solat. Sekarang kisah yang sebaliknya pula. Jemaah yang keluar masuk. Mereka ni pun sama juga dengan yang sedang solat tadi. Tak tau hukum. Main lalu je suka2 depan orang yang solat. Tapi tak boleh salahkan mereka juga. Mungkin mereka memang tak tahu hukumnya. Sebab tulah aku kat sini.

Gambar Hiasan

Aku memang dah lama tahu tentang ni. Lama sangat dah. Masa sekolah dulu2. Aku kan sekolah arab. Belajar macam2 sampai nak tepu otak aku. Tapi satu perkara ni memang aku ingat sampai bila2. Ada baiknya aku kongsi yang mana patut. Apa yang aku tahu, kita memang tak boleh melintasi orang yang sedang solat. TAK BOLEH. Ngak. Nehi. Melainkan ada penghadang atau penghalang di depan orang yang sedang solat tu. Sebab tu lah, bila nak solat, kat baris mana2 pun, depan pintu ke, tengah2 laluan ke, sunat letak SESUATU untuk hadang depan kita. Kalau ada tiang itu lagi bagus. Kipas ke. Tak pun guna barang kita sendiri macam beg, kalau tak ada jugak, gulung je sejadah yang lebih2 tu buat hadang.

Apa HUKUM melintasi orang yang sedang solat?

HARAM!!

Untuk menyatakan hukum ni. Aku ada buat research sikit..

Daripada Abu Juhaim r.a. Nabi s.a.w bersabda: "Sekiranya seseorang yang melintasi di hadapan orang yang sedang solat mengetahui dosa yang akan menimpanya, nescaya ia berdiri di situ selama 'empat puluh ___' adalah lebih baik daripada melintasi di hadapan orang itu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Walau pun hadith tersebut tidak menjelaskan berapa lama angka 40 yang disebutkan itu, tetapi ada satu lagi kitab bertajuk Tajzibu Athraf Al-Hadith oleh Al Ustaz Al Haji 'Abdul Halim Al Hadi yang menyebut hadith sama yang mengatakan bahawa angkanya adalah selama 40 tahun. Hadith tersebut adalah yang berikutnya :

Daripada Abu Jahim Al-Anshari r.a. Nabi s.a.w bersabda, "Jikalau mengetahui oleh orang yang lalu di hadapan seorang yang sembahyang akan apakah seksanya, nescaya adalah berhenti ia selama empat puluh tahun terlebih baik dari ia lalu di hadapan yang sembahyang itu."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Baginda Rasulullah S. A. W. bersabda .......
"Apabila salah seorang dari kamu menghadap sesuatu yang dapat menutupinya dari orang, kemudian ada orang yang LALU di hadapannya, maka hendaklah ia MENOLAKNYA dari tubuh sebelah atas badannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG, maka PERANGILAH ia kerana sesungguhnya ia adalah SYAITAN ..........."

"Maka janganlah MEMBIARKAN seseorang lalu di hadapannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG , maka hendaklah ia MEMERANGINYA, kerana sesungguhnya BERSAMA orang yang lalu itu adalah SYAITAN......."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Harap dapat kongsi bersama. Kalau aku ada yang silap, sila tegur kerana manusia biasa melakukan kesilapan..

0 comments: