Kenapa? Kenapa? Mengapa??
Tiba2 je terasa rindu waktu zaman sekolah dulu..hehe
Ieman punya pasal la ni, duk citer kisah dulu2 masa sms dengan dia..haha
First time aku tukar sekolah masa form4. Masa tu aku terbayang macamana nak buat kawan baru? Nervous!! Sumpah..aku memang nervous masa tu~ Tapi aku ikut je cikgu bawa aku pergi kat kelas yang bakal aku terajui nanti. Aku diperkenalkan pada cikgu yang ada dalam kelas pada masa tu. Kemudian cikgu suh aku duk kat tempat kosong yang memang dah tersedia ada. Mata aku liar mencari di hujung kelas di manakah gerangannya tempat kosong itu? Seorang pelajar angkat tangan memberi isyarat pada aku. Sini sini..meh duk sini. Ohhh~rupanya tempat kosong tu berada pada baris ke-3 dari depan..hahaha.. Mati2 aku ingat tempat kosong kat belakang~ Biasanya meja mesti kosong kat belakang kan... Aku akur je dengan pelajar tu. Aku duduk. Kemudian....kitorang sembang~hehe..dia tanya sapa nama, dari sekolah mana dan sewaktu dengannya lah. Lu pikir la sendiri.. Kami sembang tanpa menhiraukan cikgu yang duk ngajar kat depan. Aku dah lupa sapekah cikgu tu masa tu.haha.. Aku cuma ingat orang yang first tegur aku je. Orang pertama yang jadi kawan aku masa tu. Dialah ieman~hihi.. Hai ieman~citer ieman masuk blog la..hehe
Sms tu merungkaikan segala kerinduan yang dirasai. Saat sama2 sukaduka yang ditempuhi. Pulang lambat dari sekolah sebab kelas tambahan, self study, group discussion dan sebagainya. Saat menunggu bas ketika pulang dari sekolah. Saat berhimpit dalam bas. Tuisyen sama2.. Naik turun bas tika hujan dan panas..hehe.. Tak pernah serik2. Memang sweet~
Kami juga ditakdirkan untuk sama2 belajar di universiti yang sama. Tahun yang sama. Fakulti yang sama. Course yang sama. Kelas yang sama. Walaupun semua tu sementara, tetap sweet diingat2 kembali. Banyak perkara2 manis yang dilalui dan ditempuhi walaupun dalam masa yang singkat.
Sampai sekarang~ Walaupun masing2 dah bawa haluan sendiri, ieman dah kerja dan aku masih lagi di universiti. Semua tu tak menghapuskan segala memori yang ada. Aku juga rindukan sahabat2 yang lain. Yang juga sama2 berjuang untuk impian masing2. Kita tetap sahabat sampai bila2 dengan memori yang tercipta.hehe..
Penjual Mak Urut Nasa Kalikotes
6 years ago







0 comments:
Post a Comment