Assalamualaikum..
こんにちわ..
Gambar Hiasan
Perniagaan mempunyai pelbagai cabang. Islam hanya menghalalkan segala jenis perniagaan yang bersih.Sikap usahawan yang tidak pernah mengambil berat isu halal haram adalah usahawan yang tidak mementingkan agama. Menjual dadah, arak, mengamalkan rasuah, judi, menipu, menyembunyikan aib produk,menjual produk tarikh luput, monopoli, menyorok barang adalah antara contoh perniagaan yang dilarang sama sekali.Namun segelintir usahawan mahu cepat kaya dan mahu mengambil jalan pintas.
Wujud juga sesetengah usahawan yang menjalankan perniagaan halal seperti membuka restoran dan kedai makan tetapi tidak mementingkan sumber yang halal. Ada yang menjual ayam yang tidak disembelih dengan syariat dan cara yang betul,tidak membasuh telur dengan bersih kemudian memegang dan membuat roti canai,menggunakan susu dan bahan minuman yang telah luput tarikh,menipu dalam kiraan harga, menjual makanan yang telah basi dan lain-lain. Segala perbuatan tersebut jelas menyebabkan rezeki yang diperolehi usahawan menjadi tidak halal walaupun asal perniagaan adalah halal.
Begitu juga usahawan yang menipu dalam timbangan dan sukatan kerana mahu mengaut lebih keuntungan.Ada juga usahawan yang menjual emas yang telah dicampur dan mendakwa ianya asli dan tulin. Pelbagai usaha dan langkah dilakukan usahawan untuk mengaut keuntungan tanpa mengira perbuatan tersebut adalah salah. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Allah perlu menjalankan perniagaan dengan cara yang jujur, amanah, bersih dan suci. Usahawan yang mementingkan rezeki yang halal adalah usahawan yang diakui Tuhan sebagai usahawan yang taat dan mendapat balasan baik di akhirat nanti.
Janganlah mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan faktor halal dan haram. Rezeki yang haram akan membawa usahawan ke neraka nanti. Berusahalah menjalankan perniagaan yang halal dan pastikan perniagaan mendapat berkat dan bersih.
Dipetik dari: Mari Jadi Orang Baik








0 comments:
Post a Comment