Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 12, 2012

1. Menunaikan Solat Lima Waktu

Assalamualaikum..
こんにちわ..



Usahawan perlu menunaikan solat lima waktu setiap hari. Solat adalah tiang agama yang perlu ditunaikan di mana sahaja berada.Ramai usahawan mengabaikan solat lima waktu kerana terlalu sibuk berniaga. Mementingkan wang sehingga mengabaikan solat. Usahawan tidak pernah memandang nasib pada masa hadapan iaitu akhirat.

Lihatlah berapa ramai usahawan yang menjalankan perniagaan di pasar malam, kedai-kedai, gedung perniagaan dan lain-lain leka serta cuai dalam menunaikan solat. Ketika azan berkumandang, usahawan sibuk menjalankan tugas dan mesyuarat demi mengejar keuntungan dan kekayaan. Meninggalkan solat adalah perkara biasa kepada segelintir usahawan. Apabila usahawan meninggalkan solat, ianya menunjukkan usahawan tidak memahami tujuan kehidupan dan pengertian ibadat kepada Allah. Dalam fikiran usahawan hanya wang dan harta. Usahawan yang mahu keredaan Tuhan dan rasul-Nya perlu menunaikan solat lima waktu ketika sibuk, susah atau senang. Bumi Malaysia yang luas dan kaya ini tidak kurang terdapat masjid, surau untuk kemudahan orang islam. Malah orang islam boleh menunaikan solat di mana sahaja, asalkan bersih. Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk dengan perniagaan adalah alasan yang tidak diterima Allah di akhirat.

Manusia yang sentiasa berterima kasih kepada Allah ialah manusia yang menunaikan perintah Tuhan walau di mana pun berada. Menunaikan solat adalah kewajipan kepada orang islam yang mukallaf. Menunaikan solat bukan mengambil masa yang lama dan panjang. Luangkanlah masa mengerjakan solat. Jadilah usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya. Apalah guna mendapat rezeki yang banyak, memandu BMW, tinggal di banglo mewah, memiliki suami atau isteri yang cantik, mendapat anak-anak yang sihat, mampu melancong sana sini tetapi di dalam kubur nanti menerima pukulan mungkar dan nangkir, manakala akhirat kelah dihumban ke neraka. Itulah balasan usahawan yang mengabaikan solat.


Dipetik dari: Mari Jadi Orang Baik

0 comments: