Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 17, 2011

Demam TSM di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum..
こんにちわ..

Ayoyoo..main game sudah. Kalau sebelum ni The Sim 3. Sekarang datang yang baru plak. Habis rosak plan cuti aku. Bila dah start main memang susah la nak berhenti. Berjam2 ngadap benda alah tu.


Pengenalan sikit: TSM( The Sim Medieval) ni agak berlainan dengan versi The Sim 3 yang ada bermacam2 versi juga tu. TSM macam best sikit. Tapi lagi susah kot. Ntah. Aku pun baru je start main ni. Kenapa aku kata best? Sebab TSM ni game yang kembali ke zaman dulu kala. Mesti la zaman barat. Takkan belah kita lak kan. hahaha...tak lawak pun. Tapi aku gelak jugak. Ada wizard, spy, smith, yang paling penting ada king, knight dan yang lain2. Banyak quest2 yang perlu kita selesaikan. Kebanyakan jalan cerita kena ikut step yang dia nak. Aku cakap game ni macam susah sikit sebab ada perkara2 yang tak berapa aku nak faham. Contohnya, macamana aku nak buat apa yang dia nak ni? Dari mana aku nak dapatkannya? Haaaaa...lebih kurang macam tu la. Anda cuba baru tau macamana aku kata susah ni. Bila datang part yang susah tu, baru la aku berhenti main...kejap.

TSM adalah game keluaran baru kalau tak silap aku. Sebab dia ada tulis 2011. Baru la tu kan. Tahun ni punya. Tapi latest aku tau, TSM: Pirate and Nobles. Haaaa..macam menarik kan tajuk dia. Yang tu akan keluar pada 30 Ogos 2011 ni. Tak sabar nak tunggu yang baru plak.
hihi..hey~stop2;( Yang lama pun tak habis main lagi.


Okeh stop sampai sini dulu..jaaa~


0 comments: