Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 19, 2011

Harga Ayam Hari Ini


Assalamualaikum..

こんにちわ..


Pagi tadi, seperti yang dijanjikan sebelum ini, beli ayam untuk seminggu. Hari ni kita bakar ayam untuk berbuka!! Yeaaaa~ Bukan tak jumpa ayam bakar lagi pun bulan ni. Cuma belum lagi makan ayam bakar yang dibakar sendiri. Kalau sebelum ni berbuka dengan ayam bakar kat rumah kazen aku di Kota Bharu (Ada majlis berbuka bersama sanak saudara je sebab buat tahlil untuk arwah Abang Hassan, kazen aku. Al-fatihah). Dah tentulah diorang yang bakar. Anak kepada kazen aku yang bakar. Boleh tahan jugak la budak kecik tu. Baru tingkatan satu. Tapi dah rajin yang amat. Macam anak perempuan, padahal dia tu lelaki.

Gambar Hiasan, sumber En.Google

Berbalik pada topik kita hari ni. Harga ayam dibulan Ramadhan. Harga ayam hari ini di sekitar Kota Bharu paling murah aku jumpa jatuh pada harga RM6.30 sekilo. Memang tempat yang selalu aku pergi la sebab kedai ayam tu yang paling murah setakat yang aku tahu. Harga ayam semakin naik berbanding dengan beberapa minggu lepas. Beberapa minggu lepas iaitu awal Ramadhan, harga ayam ketika itu adalah RM5.80 sekilo. Kalau tempat2 lain harga sekitar RM7 sekilo. Mahal kan? Lagi dekat nak raya lagi mahal la kot. Sebab permintaan makin lama makin tinggi. Nak makan ayam pun susah. Sekor dah jadi berapa ringgit ntah kalau dah 2,3 kilo sekor. Senang2 bela sendiri la~Boleh jual, boleh sembelih makan sendiri. Lagi untung..

0 comments: