Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 7, 2011

Jasa


Entri kali ni sebenarnya aku nak bercerita pasal life 2011 kat kampus. Tapi teringat pula entri yang aku memang nak update sebelum dan sempena tahun baru adalah pasal entri sekarang ni. Apakan daya, benda lain lak yang aku masukkan. Terus lupa motif yang sebenar. Tak apa la. Bukan banyak pun yang aku nak coretkan. Serba sedikit aku nak citer pasal jasa yang aku terima. Jasa2 yang aku maksudkan adalah kenderaan yang aku gunakan.


Yang ni aku snap pada 30Dis tahun lepas. Kancil yang adik aku gunakan. Tapi aku pinjam kejap dari dia. Motif sebenar aku snap gambar ni, nak tunjuk kat korang bahawa abg Kan aku ni tersalut dengan selut dan kotoran2 air hujan di jalan raya semasa dalam perjalanan ke Gombak dari Kelantan. Sepanjang perjalanan hujan. Kotor satu badan. Sampai ke kepala. Memang memalukan kalau ke bandar besar dengan rupa camtu. Nak tak nak, aku bawa dia ke car wash. Tapi tak bersih pun. Kuang masin betul bangla. Cuci tak bersih. Nasib baik la 4ringgit je. Redha je la..


Ni plak aku snap pada 2Jan. Savvy yang sedang aku gunakan dah kembali ke pangkuan aku. Lau sebelum ni aku switch dengan adik aku. Time ni aku bawa dia ke klinik jumpa doktor tayar. Mak aku bising suh tukar tayar. Aku akur je la. Boring2 tunggu lama untuk settlekan semua tu. Aku snap la satu buat kenangan. Pada hari yang sama juga, aku sebenarnya on the way nak balik ke Pt Raja. Awal2 lagi aku dah keluar sebab hal ni punya pasal. Lagipun aku dah janji dengan kawan2 aku nak ambil dorang dan balik Pt Raja tengah hari selepas settle semua ni. Esok 3Jan masuk semester baru dan kuliah dah bermula. Jadi, selamat belajar kawan2. Harap azam baru kali ni tercapai.

0 comments: