Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Babe!

A single rose can be my garden. A single friend, my world. by Leo Buscaglia

Heeeee~

I value the friend who for me finds time on his calendar, but I cherish the friend who for me does not consult his calendar. Robert Brault

Welkam Dear Sis n Bro

I love jotting down ideas for my blog, so I doodle or take notes on all kinds of stuff that inspires me.

Captured!

Life is like an ice cream. Enjoy it before it melts!

Buddies

"Kami Buddies. Takkan Terpisah. Hee ” – DIGI

KP

"Litang-pukang lari dari lipas, cantek kan banner kat atas. Haa?? ” – oNie

Saturday, May 8, 2010

Selamat hari ibu

Walaupun dah lambat nak post...aku tetap nak buat juga~hahaha


.:: SELAMAT HARI IBU ::.



Kepada ibu2 di sana.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Juga semoga tabah menempuhi hari2 yang akan datang~ Senyum2 selalu...

Sayang kamu~

Thanks to Maya

.::5 Mei 2010::.

Sebabnya??
Sebab~Pada 5Mei petang lebih kurang kul6 kot. Aku xpasti kul brapa masa tu. Haha.. Maya call aku, aku ingat kenapa la tiba2 je call aku. Selama ni xpernah pun kitorang calling2. Cukup hanya setakat sms je. Sebab kitorang ni adalah kawan sms dan kenal pun memang dengan sms je. Macamana kitorang kenal tu, panjang ceritanya. So, xpayah citer la..Heee.. Walaupun hanya sms je, kitorang selalu juga bertanya khabar dan story2 sikit. Kalau nak tau Maya asal dari sabah bah~Hee.. Sebab tu kitorang de banyak story yang nak dikongsi. Macam2 cerita yang diceritakan. Pada hari tu, Maya call aku sebab masa tu birthday dia. Haha~ Besday dia rupanya.. Aku sendiri pun tak tau pasal besday dia. Maafin aku ya~ Nasib baik dia call. Kebetulan maxis dapat free.. So, sebab tu la dia ambil kesempatan yang ada tu untuk call semua orang yang dia kenal. Bagus2..ni la peluang nk eratkan lagi silaturrahim kan..hee..

Apa2 pun Maya.. Terima kasih banyak2..


" SELAMAT HARI LAHIR Maya Edrianne Lee" semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Juga semoga berjaya dalam STPM. Insyaallah nanti dapat apa yang diharap2kan. Amin~

P/s: Kami dah berkawan selama 3/4thn kot..haha..lupa suda~

Thursday, May 6, 2010

Album #3 Bosan2 Musim Peperiksaaan

Aku memang xde keje~Tengok la apa aku buat..Bosan2 study untuk tunggu last paper petang karang aku wat keje nih. Aku kumpul semua gmbar2 persekitaran yang aku amik sepanjang miggu exam..Haha~
















Monday, May 3, 2010

Sedar Dalam Tidak Sedar

Baru sekejap tadi aku perasan, aku belum lagi mengupdate blog aku sejak masuk bulan Mei ni.huhu..

Sempat lg mengedit gambo ni~hik3

Sambil meneguk kiwi Marigold... Kebiasaan aku bila masuk bulan baru aku akan menyambutnya dengan menaip entri baru di blog. Tapi?.. Maaf, aku lupa. Hari ni dah pun masuk hari yang ke-3. Tapi tak apa, aku update sekarang juga~hihi.. Apa yang aku nak bebel kat sini sebenarnya? Apa yang patut aku lakukan sekarang? Sepatutnya aku bersila kat lantai yang tak berapa nak sejuk tu sambil mengadap kertas2 nota dan belajar. Bukan update blog~ Tapi apakan daya..aku diserang oleh bisikan2 rayuan godaan supaya aku TIDO~TIDO~TIDO~ Biasanya, walau mengantuk macam mana sekali pun aku tetap tak tidur. Ntah~aku pun tak tau mengapa. Dan sebab itu la aku tengah menaip entri ni.haha.. Tolong hentikan aku sekarang juga.. Aku yang skema ni perlu merajinkan diri untuk menstudy~huhu

Skema??Apa yang skema?Haha.. Blog aku. Aku sengaja menskemakan blog aku~Sekian.

Really Miss at That Moment

Kenapa? Kenapa? Mengapa??

Tiba2 je terasa rindu waktu zaman sekolah dulu..hehe
Ieman punya pasal la ni, duk citer kisah dulu2 masa sms dengan dia..haha

First time aku tukar sekolah masa form4. Masa tu aku terbayang macamana nak buat kawan baru? Nervous!! Sumpah..aku memang nervous masa tu~ Tapi aku ikut je cikgu bawa aku pergi kat kelas yang bakal aku terajui nanti. Aku diperkenalkan pada cikgu yang ada dalam kelas pada masa tu. Kemudian cikgu suh aku duk kat tempat kosong yang memang dah tersedia ada. Mata aku liar mencari di hujung kelas di manakah gerangannya tempat kosong itu? Seorang pelajar angkat tangan memberi isyarat pada aku. Sini sini..meh duk sini. Ohhh~rupanya tempat kosong tu berada pada baris ke-3 dari depan..hahaha.. Mati2 aku ingat tempat kosong kat belakang~ Biasanya meja mesti kosong kat belakang kan... Aku akur je dengan pelajar tu. Aku duduk. Kemudian....kitorang sembang~hehe..dia tanya sapa nama, dari sekolah mana dan sewaktu dengannya lah. Lu pikir la sendiri.. Kami sembang tanpa menhiraukan cikgu yang duk ngajar kat depan. Aku dah lupa sapekah cikgu tu masa tu.haha.. Aku cuma ingat orang yang first tegur aku je. Orang pertama yang jadi kawan aku masa tu. Dialah ieman~hihi.. Hai ieman~citer ieman masuk blog la..hehe

Sms tu merungkaikan segala kerinduan yang dirasai. Saat sama2 sukaduka yang ditempuhi. Pulang lambat dari sekolah sebab kelas tambahan, self study, group discussion dan sebagainya. Saat menunggu bas ketika pulang dari sekolah. Saat berhimpit dalam bas. Tuisyen sama2.. Naik turun bas tika hujan dan panas..hehe.. Tak pernah serik2. Memang sweet~

Kami juga ditakdirkan untuk sama2 belajar di universiti yang sama. Tahun yang sama. Fakulti yang sama. Course yang sama. Kelas yang sama. Walaupun semua tu sementara, tetap sweet diingat2 kembali. Banyak perkara2 manis yang dilalui dan ditempuhi walaupun dalam masa yang singkat.


Sampai sekarang~ Walaupun masing2 dah bawa haluan sendiri, ieman dah kerja dan aku masih lagi di universiti. Semua tu tak menghapuskan segala memori yang ada. Aku juga rindukan sahabat2 yang lain. Yang juga sama2 berjuang untuk impian masing2. Kita tetap sahabat sampai bila2 dengan memori yang tercipta.hehe..