Assalamualaikum..
こんにちわ..
Usahawan yang diredai Allah
dan nabi-Nya adalah usahawan yang menjalankan perniagaan bukan
semata-mata mengaut keuntungan tetapi juga mementingkan hak
pengguna.Usahawan yang menjual daging ayam yang tidak disembelih dengan
betul dan menepati syariat ialah usahawan yang tidak menghormati hak
pengguna. Usahawan yang menjual dengan harga terlampau tinggi adalah
usahawan yang tidak menghormati pengguna. Usahawan yang memuji kualiti
produk melebihi kualiti sebenar adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan
yang menjual produk tiruan adalah tidak bertanggungjawab. Usahawan yang
menjual produk yang membahayakan pengguna adalah tidak
bertanggungjawab.Usahawan yang menyembunykan aib produk adalah tidak
bertanggungjawab.
![]() |
| Sumber: Mr. Google |
Pelbagai jamu,pil kesihatan keluaran tempatan dan luar negara dijual dipasaran. Kebanyakan usahawan tidak mengendahkan keselamatan pengguna. Apa yang penting ialah keuntungan. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan seperti mengharamkan produk yang berbahaya dan memberi kesan sampingan tetapi usahawandegil tetap mahu menjual dan boleh didapati di mana-mana dengan mudah.
Setiap manusia adalah pengguna.Begitulah juga dengan usahawan. Setiap usahawan perlu berhati-hati dalam perniagaan agar tidak melakukan perkara yang boleh menyusahkan pengguna.Usahawan yang mementingkan hak pengguna adalah usahawan yang diredai Tuhan.
Dipetik dari: Mari Jadi Orang Baik








0 comments:
Post a Comment