Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 28, 2012

Sayangi Diri Kita

Assalamualaikum..
こんにちわ
..

Ya!! Sayangi dan hargai diri sendiri tidak kira apa orang katakan. Setiap manusia punyai harga dan nilaiannya kerana Allah telah menciptakan manusia dengan kepelbagaian warna. Bukankah Allah telah memberikan amanah kepada kita sebagai khalifahNya di muka bumi ini? Siapa kata kita tidak penting dan tidak diperlukan? positif!!positif!!


Manusia bukan diciptakan untuk hidup berseorangan, melainkan kita makhluk yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Kita saling melengkapi. Dia mungkin peramah dan banyak bercakap. Kita pula pendiam dan banyak mendengar. Dua karakter yang saling berlawanan tetapi mampu mewujudkan perhubungan dan suasana yang harmonis.

Dalam agama kita, kita diajar untuk mengambil peduli dan kisah akan orang di sekitar kita terutamanya, dan orang di luar lingkungan kita juga. Allah lebih suka pada orang yang melakukan usaha dakwah, yang turun ke dalam medan masyarakat, berhadapan dengan kerenah manusia yang kadangkala melelahkan berbanding mereka yang beramal ibadat sepanjang masa di masjid.

Memang ‘senang’ hidup berseorangan sebab tak payah nak sakit hati dengan perbuatan orang lain kat kita. Tapi macam mana kita nak belajar sesuatu dari hidup yang amat singkat ini? Macam mana kita nak kuatkan diri kita dan pandang hidup dengan lebih luas lagi? Allah menguji kita melalui ujian manusia, untuk kita pelajari sesuatu. Pasti ada hikmah di sebalik setiap ujian, bukan?

Bila kita sayangi dan hargai diri kita, secara automatik, kita akan lebih positif, ceria dan bahagia. Hubungan kita dengan orang lain akan lebih baik kerana kita akan kurang berprasangka buruk terhadap orang lain. Muka kita akan lebih menyenangkan dengan senyuman yang datang dari hati, bukan sekadar topeng dengan senyuman yang paling manis! Bermula saat itu, orang-orang yang dengki pada kita akan merasa kalah dan akur yang mereka tidak dapat mengapa-apakan kita.

Jangan sampai kata-kata negatif yang dilemparkan pada kita mengaburi mata kita tentang kelebihan yang kita masih ada. Dari menangisi keadaan kita, lebih baik kita menjalani kehidupan dengan semangat waja dan penghargaan terhadap semua yang Allah telah kurniakan kepada kita. InsyaAllah, semua kutukan dan sindiran itu akan berlalu bak angin lalu, sehingga kita lupa kita pernah menangis kerananya.

Jangan sampai sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

0 comments: