Assalamualaikum..
こんにちわ..
Godek2 Google, tiba2 teringat nak wat research pasal benda alah ni. Alahan kulit. Atau nak lebih senang alergi sabun. Macam2 istilah orang boleh bagi. Kalau cari, macam2 nama orang letak. Tanya doktor pun, doktor sendiri tak tau nak namakan alahan ni apa. Sebab punca alahan kulit ni adalah dari banyak faktor.Jadi namanya bergantung kepada faktor2 tersebut. Contohnya alah kepada sabun, jadi ianya adalah alahan sabun @ alergi sabun...haha. Pernah dengar tak? Mesti pelik kan. Tapi ia tidak pelik sebenarnya. Sebab ia adalah kenyataan dan memang ia realiti. Okay..berikut adalah artikel menarik dan senang difahami yang aku jumpa.
“Jangan mandi lama sangat, nanti kulit kamu cepat kering. Bila terlalu kering,
kulit akan jadi lebih sensitif.”
Nasihat pakar kulit kepada pesakitnya.
Saya juga pernah tersilap memahami, bahawa air boleh melembapkan kulit. Sebenarnya air yang terkena pada kulit terlalu lama contohnya akibat mandi atau membasuh terlalu lama akan menyebabkan kandungan air semulajadi dalam kulit meruap keluar. Dan membawa keluar bersamanya pelembab semulajadi kulit, sejenis minyak dipanggil natural mosturising factor.
Kesannya kulit menjadi semakin kering. Kulit kita sebenarnya mengandungi pelembab semulajadinya sendiri. Perhatian penting untuk mereka yang punya kulit sensitif seperti eczema (skin allergy).
Begitu juga dengan penggunaan sabun yang terlalu ‘kuat’ seperti Dettol, Protex, Lifebuoy, (segala macam sabun antibakteria), etc yang kita sangkakan boleh menyahkuman secara extra dan mengurangkan gatal-gatal alahan kulit. Tetapi sebenarnya kulit akan menjadi bertambah kering dan lebih sensitif. Boleh menyebabkan eczema bertambah teruk (flare up). Mandian yang disyorkan untuk mereka yang berkulit sensitif ialah sabun berPH 5.5 atau mandian bayi. Yang tidak mempunyai unsur ‘sabun’ (non soap cleanser). Ataupun carilah mandian yang mempunyai kandungan pelembab (moisturiser) seperti Dove, etc. Sebaiknya jangan amalkan memakai produk sabun atau kosmetik yang mengandungi wangian (fragrance), kerana mungkin anda juga alah dengan bahan tersebut.
Bahkan sesetengah pesakit langsung tidak menggunakan sabun ketika mandi kerana eczema yang sangat teruk. Hanya melumurkan aqueous cream seluruh badan dan kemudian membilasnya.
“In fact for severe eczema there is patient who is taking antihistamine
everyday for the whole life. Setiap hari gatal.”
Disyorkan juga penggunaan pelembab selepas mandi yang mempunyai humectant(glycerin,etc) atau emollient (petroleum jelly, sunflower oil).
Sangat penting bagi mereka yang punya alahan ini untuk mengenalpasti dan mengeksperimen sendiri punca-punca yang mendatangkan alahan contohnya sesetengah makanan, habuk, bulu kucing, hama, produk sabun atau kosmetik dan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari mendekati allergen tersebut.
Jangan bersedih dengan kulit anda, walaupun maintenance agak mahal, penyakit ini adalah anugerah. Yang merasai lebih mengetahui dan memahami. Dan ramai sebenarnya yang mempunyai masalah eczema ini tetapi tidak mengetahuinya.Atopic Eczema-Allergic Rhinitis-Bronchial Asthma-Allergic Conjuctivitis (Rangkaian atopic disease yang anda mungkin menghidap salah satu atau lebih daripadanya sekiranya ahli keluarga anda mempunyai salah satu daripadanya)~Eh, faham ke?
Contohnya jika adik anda penghidap asthma, dan anda mempunyai masalah alahan kulit, sangat berkemungkinan besar diagnosis masalah kulit anda ialah Atopic Eczema.
Cuaca yang panas sekarang pun sangat menguji kesabaran kita semua, semuanya terasa kering, kering kulit, perit tekak. Lebihkan minum air. Jika perlu pelembab gunakan pelembab. Sesetengah kawasan yang berjerebu, sememangnya amat mencabar bagi pesakit asma, COPD (Chronic obstructive Pulmonary Disease), dan juga penghidap masalah kulit eczema.
“Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku” Asy-Syuara’ : 80
Yang menyembuhkan itu kerja Allah. Kita berikhtiar ye.
Oleh Izzati Ishak pada 8:25 AM
...
Well..ini yang berlaku pada aku sekarang, di jari2 tangan. Dan salah sorang adik aku memang ada athma. Mungkin ada benarnya. Apa pun aku berharap ia tidak mengganggu rutin harian aku. InsyaAllah ia akan sembuh dengan izinNya. Tapi sebelum tu ikhtiar memang la perlu=D.
Lagi info tentang alahan ni, klik Allergic Eczema








0 comments:
Post a Comment