Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 8, 2011

SEGMEN : Aku dan Fake Lover


Assalamualaikum..
こんにちわ..


Kat sini aku nak citer pasal buah hati aku. Tapi sebelum tu siapa aku?

|
|
|
|
|
|
\/

Gambar ni je yang aku jumpa..malas nak cari lagi
Thanks to Anis

Pada suatu hari.... Di majlis kesyukuran dan hari lahir aku.

Majlis yang sangat meriah kerana teman-teman yang dijemput kebanyakkannya adalah dari
sekolah juga kolej. Begitu juga DIA. Akan tetapi aku tidak sedar kehadirannya kerana aku sudah lama tak ketemu sama dia. Dua tahun. Dan kehadirannya itu adalah tidak disangka aku. Dialah teman yang selalu berkongsi cerita suatu ketika di kolej dulu. Dialah orang yang pernah melafazkan cinta terhadap aku suatu ketika dulu. Sudah tidak ku tahu berita dia selama 2 tahun sejak habis pengajian di kolej *tetttt..

Sedang aku hangat berbual dengan sahabat lama, seseorang datang menyapa aku..

Hai..
Hai..
*aku menoleh dan membalas sambil memikirkan siapa gerangan mamat ensem nih.
Selamat hari lahir..
TQ..

Awak apa khabar? Ingat saya lagi tak?

Baik..

Dan aku hanya berdiam..sedang ligat memikirkan persoalan terakhir mamat tu..

Hmmmm~boleh saya tanya awak siapa?
Hahaa..awak dah lupa saya ea?
Maaf~ Saya ni short term memory sket..hehe
*bagaimanapun aku merasakan wajahnya pernah ku kenal..tapi di mana ye?
Haaa..awak memang tak berubah pun. Macam dulu jugak..
Yeke?
Iye..tetap macam dulu.
Tapi...kat mana kita kenal ek?
Awak ni memang dah betul2 lupa pasal saya ye. Cuba awak ingat balik..
..... *tiada jawapan
Okay..saya bagi hint. Sape yang tolong awak masa awak jatuh longkang dulu?

Aaaaaaa~OMG!!!

**Okeh...TAMAT.

Okay..siapa dia? Meh sini aku perkenalkan..

|
|
|
|
\/

Jang Geun Suk!!
Ensem kan dia~ pengsan*_*

p/s: Terima kasih kepada CG kerana buka segmen ni. Walaupun sedikit lambat aku buat tapi tak terlambat lagi untuk aku join sama-sama dengan yang lain.. Cerita yang lain aku dah baca dan mereka sangatlah ohsem!!

4 comments:

HAHHAHAHAA...short term memory yee ??? macam kenaL jee quote tuh...amboii...cinta Lama JGS okayy, berangan !! anyway, nice story..thanx sebab sudi join...weehoo !!

w/pn centa lama..tp smpai skrg pn centa lg..wahahaa>_<

ergghh jeles fake lover dye korea :p

haha..apa lg arin. cri la sorg org korea..=)