Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 15, 2011

Dengar Cakap Abah


Assalamualaikum..

こんにちわ..

Semalam, dikesempatan yang ada setelah internet kembali pulih, aku update segala macam important update yang muncul kat bar di bawah sebelah kanan tu. Salah satunya windows update. Dah lama tak update sejak dari cuti. Tapi biasanya aku buat tak endah je segala reminder yang muncul kat bawah tu. Malas. Dan akibatnya Kurodell aku bermasalah. Wifi tak detect. Bluetooth pulak jadi malu2 nak kuar. Aku tanya sana sini dorang cakap tu keje virus. Aku pun tak pasti dengan kejadian yang sadis ni.


Dengan kepandaian sendiri tanpa menceritakan pada abah aku. Aku bawa Kurodell aku ni pegi kedai semasa aku berada di kampung. Kot2 mereka tau apa masalahnya. Saja la nak tanya apa pendapat mereka. Jawapan mereka pun sama je dengan mereka2 yang lain. Perkara ni terjadi dengan beberapa kemungkinan. Mungkin virus penyebabnya. Mungkin adapter wifi rosak. Mungkin windows dah rosak. Aku tanya penyelesaiannya kalau2 kemungkinan tu betul. Caranya, format lappy ni. Atau guna USB wifi tapi kena beli la kan. Ataupun tukar baru adapter wifi. Harga. Sebelum buat semua tu aku tanya harga dulu. Kalau guna USB wifi harga dalam puluh2, RM30-RM60. Kalau tukar adapter wifi harga dalam ratusan, RM2++. Camtu la ikut apa yang ada pada kedai tu. Tapi keputusannya aku balik rumah dulu la. Try alternatif lain. Antara semua cadangan tu aku rasa baik aku format je. Aku pun boleh buat sendiri kalau setakat nak format. Balik rumah aku minta tolong adik aku formatkan. Sebab aku busy time tu. Time nak format tu, abah aku tanya nak buat apa tu. Aku pun cerita la apa jadi kan. Abah aku cakap tak payah format. Update je windows. Nanti ok la. Mengikut pengalamannya, PC yang ada kat rumah tu pun pernah ada masalah dengan bunyi. Masalah dalaman. Abah update windows then terus ok. Aku pun apa lagi. Tak jadi la format segala bagai. Tunggu balik rumah sewa sebab kat sana ada strymix. Rumah kat kampung guna BB. Slow. Tak dapat bantu update.

Dan sekarang dengan gembiranya aku guna wifi. Semua dah ok. Jadi betul la cakap abah. Nasib baik aku ni dengar kata. Bagus bagus!!

0 comments: